Lencana Wajib – Penunggang Basikal

Peraturan semasa menunggang basikal

  1. Pastikan basikal berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.
  2. Beri isyarat yang jelas semasa menunggang basikal
  3. Tunggang dalam satu baris sekiranya menunggang secara berkumpulan
  4. Guna lorong basikal yang telah disediakan.
  5. Pastikan tangan sentiasa berada pada pemegang dan kaki berada pada pedal sepanjang masa
  6. Memahami dan tahu isyarat-isyarat jalan raya
  7.  Gunakan kedua-dua brek hadapan dan belakang.
  8. Sentiasa memberi jalan kepada kenderaan di sebelah kanan
  9. Sentiasa menunggang di sebelah kiri jalan.

Isyarat tangan semasa berbasikal

Isyarat tangan

Isyarat tangan

Perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.

  1. Menggunakan basikal yang tidak sempurna.
  2. Tidak memberi isyarat dengan jelas
  3. Membawa penumpang atau barang yang berat.
  4. Mengikuti kenderaan lain pada jarak yang dekat.
  5. Menunggang secara beriringan.
  6. Membawa haiwan semasa menunggang
  7. Bergurau atau bercakap
  8.  Memotong dan melintasi kenderaan lain
  9. Menunggang basikal yang tidak sesuai
  10. Pemegang dan tempat duduk yang tidak selaras dengan penunggang.

Bahagian-bahagian basikal.

 

scan0009

Bahagian-bahagian basikal

Laung Agung

 

  1. Akela akan berteriak denag perkataan ‘PEK’.Semua Pengakap Kanak-Kanak (PEK) dikehendaki berdiri dan senyap.
  2. Akela teriak PEK..PEK..PEK…’. PEK menyahut seruan Akela (dengan menyebut ‘P…E…K….’)dan berlari mengelilingi Akela
  3. III. Akela mendepakan tangan, PEK berundur dan membuat bulatan dengan berganding tangan.
  4. Akela menurunkan tangan,semua PEK turunkan tangan.
  5. Akela mengangkat tangan semula,semua PEK menjingkit kaki
  6. Akela menurunkan tangan perlahan-lahan,semua PEK mencangkung dan teriak “AKELA,KITABUAT HABIS BAIK”
  7. Pencabarbangun dan mencabar dengan berkata “KAMU BUAT HABIS BAIK?”
  8. Sebaik pencabar habis mencabar,semua PEK bangun tabik hormat dan menyahut cabarandengan berkata “KAMI BUAT HABIS BAIK”.
  9. Akela membalas tabik hormat,semua PEK turunkan tangan selepas Akela turun tangan.

scan0005

Cerita Hutan

Pada zaman dahulu,seorang pemotong kayu tinggal di pinggir sebuah hutan di Jabalpor tengah,India.Beliau mempunyai dua orang anak.Pada suatu hari,si pemotong itu telah membawa anaknya bersama-sama ke hutan.Apabila hari petang.mereka tidak dapat meneruskan pekerjaan,lalu mereka pun bermalam dalam khemah.pada malamnya mereka menyalakan unggun api untuk mendapatkan cahaya dan memanaskan badan.Mereka tidur dengan nyenyak kerana kepenatan setelah bekerja seharian.

Di dalam hutan tersebut,ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan.harimau ini bernama Shere Khan.Shere Khan senantiasa merayau-rayau di dalam hutan pada waktu malam untuk mencari mangsanya.

Pada malam tersebut,Shere Khan telah terhidu bau manusia,iaitu bau keluarga si pemotong kayu yang sedang tidur nyenyak.Shere Khan berjalan perlahan-lahan menuju khemah si pemotong kayu untuk menangkap si pemotong kayu dan anak-anaknya.oleh kerana terlampau asyik memerhati mangsanya,Shere Khan tidak sedar akan unggun api yang berada dihadapannya.Keadaan itu menyebabkan shere Khan terpijak bara api,Shere Khan terkejut dan berasa sangat sakit lalu mengaum sekuat hati.suara Shere Khan tentu sahaja telah mengejutkan si pemotong kayu yang sedang tidur.Si pemotong kayu bergegas bangun dan hanya dapat mendukung seorang daripada dua orang anaknya untuk menyelamatkan diri.

Jeritan Shere Khan juga mengemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua tidak jauh dari situ.Sedang bapa serigala berlari keluar dari guanya hendak menyisat kejadian itu,tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak.apabila dia bersedia hendak menerkam ternampaklah kepadanya yang datang itu seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani.Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua.Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-berebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu serigala.Kedua-dua ibu dan bapa serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakanya Mowgli.Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.

Tiadk lama kemudia,Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu oleh Tabaqui,seekor rubah(jackal) yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain.Tabaqui terlebih dahulu telah dapat mengesan ke mana budak kecil,anak pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat memakan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.

Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supya bapa serigala menyerahkan budak itu yang didakwanya sebagai haknya,bapa dan ibu serigala menentang.Shere Khan cuba untuk mengambil budak itu dari gua,tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.dengan perasaan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya.Semenjak dari itu,Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala dan hidup sebagai anak serigala.

Hormat Pengakap & Cogankata Pengakap

Hormat Pengakap

Ahli-ahli Pengakap hendaklah berdiri tegak dalam keadaan sedia.tangan kanan diangkat separas bahu dengan tapak tangan menghala ke hadapan.Ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan tiga jari tengah lurus ke atas.

Tiga jari yang digunakan dalam tabik dan hormat Pengakap melambangkan Persetiaan Pengakap.Jari telunjuk melambangkan persetiaan Pengakap ketiga iaitu mematuhi undang-undang Pengakap,jari hantu melambangkan setiap pengkap perlu mentaati dan percayakan Tuhan dan jari manis melambangkan menolong orang setiap masa.

 

scan0004

Kedudukan jari

 

scan0003

 

Cogan Kata Pengakap

        Cogan kata pengakap – “Selalu sedia”

        Cogan kata pengakap kanak-kanak ialah –  “ Buat habis Baik”

Persetiaan Pengkap & Undang-undang Pengakap

PERSETIAAN Pengakap berbunyi:

Bahawa dengan sesungguhnya saya berani dan bersetia yang saya dengan sedaya upaya saya akan:

  • Taat kepada Tuhan,raja dan Negara
  • Menolong Orang pada setiap masa
  • Menurut Undang-Undang Pengakap

Persetiaan pengakap ini sentiasa dilafazkan pada setiap kali perjumpaan Pengakap dan dalam semua istiadat Pengakap.

Undang-undang Pengakap mengandungi 10 perkara iaitu:

  1. Boleh dipercayai
  2. Taat setia kepada raja dan Negara
  3. Berguna dan menolong orang setiap masa
  4. Bersahabat dengan semua orang
  5. Baik dan berbudi bahasa
  6. Kasih kepada binatang.
  7. Menurut perintah.
  8. Sentiasa bersabar.
  9. Berjimat cermat.
  10. Bersih dan suci fikiran.

1BESTARINET & VLE-FROG

1BestariNet merupakan projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (dahulu dikenali sebagai kementerian Pelajaran Malaysia) dengan kerjasama syarikat swasta, iaitu YTL Communication Sdn. Bhd.

Di bawah projek bestari digital 1BestariNet, sebanyak 10,000 buah sekolah kerajaan di seluruh negara akan dibekal dan dilengkapi prasarana digital dengan akses internet berkelajuan tinggi (menerusi rangkaian Yes 4G) beserta platform pembelajaran maya yang bersepadu dan bertaraf dunia (menerusi portal Frog VLE). Di samping itu, ia juga diintegrasikan dengan aplikasi Google Apps (ada dinyatakan dalam blog rasmi Google, klik di sini). Jangan lupa yang ini juga .

visi_1bestarinet

Langkah murni ini diharap dapat mewujudkan tadbir urus, pengajaran dan pembelajaran (PDP) dan kolaborasi yang bersepadu di dunia maya menerusi portal Frog VLE. Visi 1BestariNet adalah mentransformasikan platform pendidikan di Malaysia di samping merapatkan jurang digital antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan infrastruktur pendidikan digital yang berkualiti kepada seluruh rakyat Malaysia, amnya.

Penyelesaian pendidikan secara bersepadu ini dapat digambarkan menerusi rajah di bawah :

frogvle_internet connectivity_access

Frog VLE @  merupakan suatu sistem pembelajaran maya berasaskan web(web-based virtual learning system) bagi seluruh warga sekolah, khususnya kepada para pelajar, ibu bapa / penjaga dan guru (pendidik). VLE sendiri membawa maksud persekitaran pembelajaran maya (virtual learning environment @ VLE). Jika anda biasa dengan paparan blog (seperti Blogger, WordPress dll) atau laman web / portal CMS (seperti Drupal, Joomla, Moodle dll), sudah tentunya anda tidak berasa kekok dengan antaramuka portal Frog VLE ini. Projek Frog VLE ini dipilih memandangkan ia mudah diakses, diuruskan, mesra pengguna (user friendly) dan sesuai untuk semua peringkat umur. Tambahan pula,  Frog Vle pernah memenangi beberapa pingat (award) di peringkat antarabangsa.

Pendek kata, portal Frog VLE ini berfungsi sebagai pusat setempat atau medan / platform komuniti pembelajaran bagi kumpulan sasaran, iaitu para pelajar, ibu bapa / penjaga maupun guru (pendidik).

teacher_student_parent

Frog VLE ini boleh diakses dalam kawasan sekitar sekolah atau luar sekolah (di mana-mana tempat). Disekolah, kandungan internet akan ditapis bagi memastikan persekitaran maya yang diakses adalah selamat dan berunsurkan positif. Blog atau laman web / portal yang berunsur negatif, provokasi, lucah dan sebagainya akan disekat (block) daripada diakses. Memandangkan Frog VLE juga mengguna pakai teknologi awan (cloud), maka ia boleh diakses di mana jua anda berada. data yang disimpan juga mudah diakses di mana jua berada dan boleh diakses pada bila-bila masa tanpa batasan waktu. Pengguna bebas mengakses dan mendaftar masuk(login ID) portal Frog VLE secara percuma menerusi rangkaian Yes atau ‘hotspot’ Yes.